PROF DATO DR. NORBIK BASHAH BIN IDRIS
Dato’ Dr. Nobik Bashah Idris adalah seorang Professor dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di UIAM. Beliau tersohor sebagai antara perintis awal bidang keselamatan siber di Malaysia. Sepanjang kariernya, Prof Norbik telah menjadi pembicara utama, profesor pelawat, tokoh korporat, perunding & penasihat keselamatan siber kepada pelbagai organisasi & pemerintah, diperingkat nasional dan antarabangsa.
Beliau telah tersenarai antara pengusaha IT Terbaik Ernst & Young 2007, dua kali pemenang “Anugerah Cemerlang (ISC)2 untuk Asia-Pasifik”, dan penerima anugerah “IDG Distinguished Chief Security Officer” juga untuk Asia Pasifik. Sepanjang kariernya, beliau telah merangkul 7 pingat Emas untuk produk & perkhidmatan Cybersecurity dan pemegang beberapa paten.
Minat terkini Professor Dato’ Dr Norbik adalah menggabung teknologi keselamatan siber & “Blockchain” ke dalam produk & perkhidmatan Fintech patuh syariah demi menyumbang kepada Maqasid Syariah.